Thursday 10 August 2017

PERANAN AL-QURAN SEBAGAI SUMBER UTAMA BIDANG SAINS,TEKNOLOGI & KEJURUTERAAN


PROGRAM                      : DUA2012 SAINS, TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
                                             DALAM ISLAM

TAJUK E-FOLIO           : PERANAN AL-QURAN SEBAGAI SUMBER UTAMA BIDANG  
                                             SAINS,TEKNOLOGI

NAMA PENSYARAH    :  RINA FAKHIZAN BINTI MOHD SUKRI

SESI                                 :  JUN 2017


BIL.
NAMA AHLI KUMPULAN
NO. MATRIKS
1.
MUHAMMAD FADHLAN BIN SAFEE
02DEE16F2040
2.
ISMAIL AMRI BIN MOHD AMIN
02DEE16F2019
3.
MUHAMAD HELMI BIN SUDIRMAN
02DEE16F2021
4.
MOHAMAD IKRAM BIN MOHAMAD GHANI
02DTK16F1025
5.
MOHAMAD AFIF BIN ZAKARIA
02DEE16F2003
6.
MUHAMMAD NUR HAIKAL BIN HAZLIMAN
02DEE16F2029




PENGENALAN
Sains,teknologi dan kejuruteraan merupakan sebahagian daripada ilmu yang terdapat dalam wahyu yang diturunkan oleh Allah SWT melalui al-quran. Al-Quran ialah sumber intelektualdan spiritual islam yang agung. Kalam Allah SWT ini adalah asas bukan hanya bagi agama dan pengetahuan spiritual tetapi bagi semua cabang ilmu pengetahuan. Al-Quran juga merupakan satu sumber utama dan inspirasi pandangan Muslim tentang kesepaduan Sains dan pengetahuan intelektual (Ab. Aziz, 2008).


DEFINISI AL-QURAN

Definisi atau pengertian al-Quran menurut bahasa dan istilah di atas merupakan kata sepakat antara ulama dan para ahli ushul. Al-Quran diturunkan oleh allah swt sebagai tata aturan bagi kehidupan semua bangsa, petunjuk yang benar untuk semua makhluk, tanda bukti atas kebenaran rasulullah Muhammad saw, dalil yang qot’ie atas kenabian dan risalahnya. Dan sebagai hujjah yang tetap tegak hingga hari kemudian.

Sebenarnya pengertian al-Quran itu sendiri sangat luas, ia tidak hanya terpaku pada satu pengertian, masih banyak pengertian lain tentang al-Quran menurut para ahli, namun yang paling mendekati dan sesuai dengan para ahli adalah pengertian seperti yang sudah disebutkan tadi. Demikian sekilas tentang pengertian al-Quran menurut bahasa dan istilah, semoga memberikan manfaat bagi pembaca sekalian.


MAKSUD BAHASA DAN ISTILAH SAINS TEKNOLOGI KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

Sains dan teknologi kejuruteraan tidak dapat dipisahkan dengan bidang ilmu dalam Islam. Sains adalah satu usaha manusia untuk menghuraikan sesuatu dengan tepat dan secara kuantitatif mengenai alam tabi’i dan perjalanannya melalui pengamatan, hipotesis daneksperimen yang benar. Antara konsep dalam sains adalah hukum, sebab dan akibat. Dalamhal ini, sains dan Islam sama-sama berpegang kepada prisnsip bahawa alam ini adalah bersifat konseptual iaitu sesuatu yang boleh difahami dan dimengertikan.

Bidang sains sendiri belum menemui kebenaran yang sejati dan hakiki. Tradisi Islamadalah untuk melahirkan para sainstis teknokrat dan jurutera muslim yang beriman danberahklak. Islam menolak kemajuan teknologi dan kejuruteraan tanpa akhlak dan sains yangmengabaikan spiritual. Sains dalam pandangan Barat beranggapan sumber wahyu tidakdiperlukan berasaskan kepada prinsip logos dan mitos. Logos adalah satu penemuan yangpaling ampuh hasil dari eksperimen manakala mitos pula umpama khayalan yang tidakwujud dan tidak dapat dibuktikan secara tepat dan konkrit.

Sains teknolgi dan kejuruteraan berasaskan barat hanya mempercayai segala yangditemui, dihasilkan dan digunakan sekadar memperlihatkan kehebatan manusia menerokaikhazanah alam. Sebaliknya Islam memperkenalkan konsep sains teknologi dan kejuruteraanberasaskan kajian dan penemuan untuk mencari makna kebenaran hakiki tentang kewujudanAllah swt dan kehebatan kekuasaannya. Manusia diberikan segala kemudahan pancainderadan kehebatan akal serta fitrah bertuhan dibenarkan untuk menerokai seluruh pelusuk alam.Diberikan keizinan untuk menggunakan setiap nikmat di persada alam ini, baik di darat, dilaut dan di udara di mana jua penjuru alam buana, dengan syarat makna kebenaran dankeinsafan diri mampu ditemui.


Peranan al-Quran dalam sains

Terdapat banyak ayat Al-quran yang menyeru manusia supaya mengkaji dan meneliti fenomena alam untuk memahami dan mendalami ilmu pengetahuan agar dapat membina suatu tamadun yang sempurna. Berdasarkan ayat di bawah jelas bahawa alam yangdiciptakan oleh Allah s.w.t tertakluk kepada hukum-hukum tertentu dan apa yang ada dilangit dan di bumi adalah hak Allah s.w.t untuk kemudahan dan kegunaan manusia sejagat.Islam tidak terbatas antara hubungan manusia dengan tuhan bahkan merangkumi semua aspek kehidupan. Allah berfirman yang bermaksud :
“Tidakkah kamu perhatikan bahawa
Allah memudahkan untuk kemudahan muapa yang ada di langit dan di bumi, dan telahmemudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan di bumi, dan telahmelimpahkan kepada kamu nikmat-nikmat-Nya yang zahir dan batin.
”(Surah Luqman: 20)
.Oleh itu, kita seharusnya menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup kita kerana didalam Al-Quran telah tercatat segalanya yang berkaitan dengan hidup ataupun mati. Bidangkejuruteraan juga ada disebut di dalam Al-Quran. Ini telah melahirkan ramai tokoh-tokohIslam yang menjadikan Al-Quran sebagai panduan untuk mengkaji bidang kejuruteraansehingga mereka dapat mencipta peralatan yang berguna hingga kini.

1.Proses Fotosintesis dan Proses Pembakaran Sempurna

Di dalam Al-Quran terdapat fenomena sains yang boleh dikaitkan dengan bidang kimia iaitu “proses fotosintesis” dan “proses pembakaran sempurna”.
Firman Allah swt: “Tuhan yang telah menjadikan api (boleh didapati) dari pohon- pohon hijau yang basah untuk kegunaan kamu, maka kamu pun selalu menyalakan apidari pohon- pohon itu”. (Surah Yasin: 80) “Akhirnya, tidakkah kamu melihat api yang kamu nyalakan (dengan cara digesek)? Kamukah yang menumbuhkan pokok kayunyaatau Kami yang menumbuhkannya?” (Surah al-Waqi‟ah : 71-72).
Beribu-ribu tahun yang lalu dan zaman sekarang membuktikan kandunganAl-Quran menepati ilmu sains dan teknologi. Ini kerana orang zaman dahulumenyalakan api daripada pokok kayu dan sekarang manusia menggunakan petrol, gasdan sebagainya untuk menyalakan api. Jika kita memikirkan di zaman dulu, tentu kitatakjub bagaimana daripada kayu yang hijau itu boleh mengeluarkan api. Di zamankita pula, kita masih merasai ketakjuban di atas penggunaan petrol dan gas yang bolehmenghasilkan api untuk kegunaan seharian. Sebenarnya, petrol, diesel, gas, arang batu dan sebagainya yang dikeluarkan dari perut bumi berasal daripada pokok-pokok yang tertimbus jutaan tahun yang lalu. Ini dapat meyakinkan kita bahawa Allah ituMaha Besar. Dia telah menyatakan sumber api dulu dan sekarang itu adalah berasaldari pokok. Allah s.wt juga menggunakan perkataan “al-syajarah al-akhdar”
(tumbuhan hijau) dalam Surah Yasin ayat-80 kerana perkataan ini boleh diertikandengan tumbuhan hijau yang mempunyai klorofil. Menurut kajian sains tumbuhanhijau melakukan proses fotosintesis yang menghasilkan gas oksigen dan unsurekarbon hasil daripada tindak balas cahaya matahari dan gas karbon dioksida. Kedua-dua unsur ini (karbon dan oksigen) merupakan unsur penting untuk menghasilkan apidaripada proses pembakaran sempurna.Oleh itu, firman Allah swt dalam Al-Quran yang menyatakan tentang prosesfotosintesis dan proses pembakaran sempurna tidak ada sebarang keraguan dansesungguhnya Allah swt lebih mengetahui sesuatu.

2.Kegelapan Lautan dan Lapisan Ombak (sains ,alam semula jadi )

Dalam bidang sains marin pula, kewujudan dua lapisan ombak di laut dan kegelapandi dasar laut dinyatakan dengan jelas di dalam surah an Nur, ayat 40. Apabila dikaji,sememangnya wujud ombak pada lapisan kedua laut (internal tide), yang manakewujudannya dapat dilihat secara jelas hanya dari angkasa. Malah, ombak dalaman inimempunyai amplitud yang jauh lebih tinggi berbanding amplitud ombak di permukaan air,dengan ketinggiannya mampu mencecah 300 meter. Kewujudan dua ombak ini disebabkan perbezaan pada ketumpatan air laut. Selain itu, kegelapan dasar laut pula dibuktikan apabilamanusia mula mampu menyelam sehingga ke dasar dengan bantuan peralatan moden.Kegelapan secara total ini disebabkan penyerapan spektrum cahaya oleh lapisan laut yangmenyebabkan tiada cahaya yang mampu menembusi hingga ke dasar. Hasilnya, dasar lautanmenjadi tempat yang sangat gelap dan makhluk-makhluk yang hidup di dasar lautmempunyai ciri-ciri unik untuk membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan keadaandasar laut yang sangat sejuk dan bertekanan tinggi.

3.Proses kejadian manusia (sains)

Di dalam al-Quran juga menerangkan penciptaan manusia daripada air :
Dan Dia lah Tuhan yang menciptakan manusia dari air,lalu dijadikannya(mempunyai) keturunan dan musaharahdan Tuhanmu adalah Maha Kuasa sememangnya tuhanmu berkuasa (menciptakan apa jua yang dikehendakiNya ).
[Al-Furqan, 54]
Selain itu, ayat al-Quran dari surah ini memberitahu bahawa secara jelas manusia itudiciptakan daripada air. Allah telah menciptakan manusia mempunyai titisan baka (air mani) bagi meneruskan lagi zuriat memakmurkan bumi ini.
Proses kejadian manusia diceritakan daripada awal sehingga ke akhir di dalam al-Quran sebelum manusia mampu memikirkan proses itu sendiri.
“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari “pati” (yang berasal) dari
tanah; Kemudian Kami jadikan pati itu (setitis) air mani pada penetapan yang kukuh
; Kemudian Kami ciptakan air mani itu menjadi segumpal darah beku lalu Kami ciptakandarah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadibeberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurnakejadian itu Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalahkelebihan dan ketinggian Allah sebaik-
baik Pencipta”. [Al - Mu’minun: 12-14]
.Ayat di atas menceritakan proses pembentukan manusia, seperti mana yangdidedahkan kepada kita hari ini. Ayat ini telah menerangkan secara sempurna mengenai proses pembentukan manusia.Pada mulanya manusia tercipta dari pati yang merujuk kepada tanah. Kejadian iniadalah ketika penciptaan manusia pertama iaitu peristiwa Allah menciptakan Nabi Adamdaripada tanah. Bermula daripada cantuman air mani (sperma dan ovum) kemudianMusaharah ;hubungan kekeluargaan yang berasal dari hubungan penikahan, seperti menantu mertua dansebagainya
Penetapan yang kukuh; rahim bergumpal menjadi darah beku (alaqah) yang tergantung di dinding Rahim. Seterusnya,gumpalan darah itu membesar menjadi seketul daging (mudghah). Ketulan daging itu pulaakan terbentuk beberapa tulang (tulang belakang), yang kemudiannya disempurnakanrupanya dengan balutan daging yang akhirnya membentuk janin.

Peranan al-Quran dalam bidang kejuruteraan dan teknologi :

1.Proses Pembentukan Besi

Firman Allah s.w.t : "Dan kami telah menurunkan besi, padanya ada kekuatanyang hebat serta berfungsi berbagai manfaat untuk manusia." (Surah Al-Hadid : 25)Terdapat satu surah di dalam Al-quran yang menggunakan nama logam iaitu SurahAl-Hadid yang bermaksud besi. Dalam Surah Al-Hadid ayat 25, Allah telah berfirman
“waanzalnaalhadiid” yang boleh diterjemahkan “dan kami turunkan besi”. Ayat ini memberi satu pertanyaan kepada kita umat manusia tentang asal usul besi.Sebenarnya, besi berasal dari langit yang tercipta daripada bintang-bintang melalui proses nukleosintesis. Ketika bintang-bintang itu mati (padam) lantaran kehabisan bahan bakar hidrogen(H) , besi itu (bersama-sama unsur lain) dihamburkan ke ruangangkasa. Unsur berat dalam alam semesta ialah dihasilkan oleh nuklid bintang besar .Sistem solar kita bagaimanapun tidak mempunyai struktur sesuai untuk menghasilkan besi baginya. Besi hanya dapat dihasilkan oleh bintang yang lebih besar daripadamatahari iaitu suhunya mencecah berates juta celcius .Apabila besi mencapai amaunmelebihi peringkat tertentu dalam sebuah bintang, bintang ini tidak lagi dapatmenampungnya dan akhirnya meletup dalam satu letupan yang dipanggil nova atausupernova. Hasil daripada letupan ini, meteor yang mengandungi besi berserakankeseluruh alam semesta dan mereka bergerak melalui ruang di angkasa sehinggaditarik oleh daya graviti sesuatu jasad di cakerawala. Selain itu, elemen utama pada pusat bumi iaitu teras bumi yang berjejari 3470 km ialah besi (Fe) dengankandungannya 90% dan nikel (Ni) dan belerang (S). Fungsi utama besi di pusat bumiAllah telahjelaskan dalam ayat yang berbunyi “fiihiba'sunsyadiid” (padanya ada kekuatan hebat). Besi di pusat bumi itu menimbulkan kekuatan yang hebat yang berupa magnet dan tarikan graviti. Firman Allah selanjutnya pada Al hadiid (ayat 25)yang bermaksud serta berbagai manfaat untuk manusia. Manfaat yang perludisebutkan paling dahulu (sebab manusia sering lupa) ialah bahawa besi merupakan salah satu unsur yang membangun haemoglobin, protein dalan darah yang berfungsimengikat oksigen yang kita menghirupnya dari udara. Ketika oksigen masuk ke dalam paru-paru kita, oksigen itu segera ditangkap oleh besi dalam haemoglobin, kemudiandihantar oleh darah keseluruh tubuh kita untuk proses metabolisme. Jelas sekali Allahmemelihara kelangsungan hidup kita melalui besi. Oleh itu, kita sebagai manusia perlulah sentiasa bersyukur di atas nikmat yang diberikan oleh Allah s.w.t kepada kita.)

2.Kejuruteraan awam

Kubah dan menara masjid yang di bina menunjukkan kefahaman dan kemahiransarjana-sarjana Islam dahulu dalam bidang sains bangunan dan seni bina. Dalam kejuruteraanawam hidrologi 6, orang-orang Islam juga memberi sumbangan penting. Pada zaman pemerintahan khalifah „Umar, beberapa terusan telah di bina. Saiyidina Umar pula telahmengarahkan pembinaan satu terusan yang panjangnya lebih kurang 10 km yang mengalirkanair dari sungai Furat.Terusan ini di beri nama Terusan Abu Musa Asy‟ari, pemerintah Basrahketika itu.
Satu lagi terusan ialah Terusan Ma‟akal yang di bina di bawah penyeliaan Ma‟akal Ibnu Yasar. Teknologi air bawah tanah juga telah di usahakan di Parsi.Bandar Isfahan dikelilingi oleh padang pasir. Teknologi ini telah di tulis oleh Syaikh Bahauddin al-A‟mili seorang ahli sufi Safavid yang mahir dalam matematik dan keagamaan.
Bagi negara yang yang di kelilingi oleh padang pasir, teknologi ini amat bergunakerana ia dapat mengelakkan pengewapan air. Bukti ini menunjukkan bahawa mereka jugatelah meneliti bukan sahaja tentang pembinaannya, bahkan mengambil berat tentang perancangan dan penyelenggaraan projek tersebut.

3.Kejuruteraan mekanikal

Boleh dikatakan sumbangan sarjana sains dan teknologi Islam yang banyak ialahdalam bidang mekanik. Sumbangan Banu Musa terkandung di dalam buku Kitab Peranti (TheBooks of Artifices) yang telah disebut dahulu. Ibnu Sina pula walaupun beliau lebih terkenaldalam bidang perubatan dan pembedahan, namun beliau banyak memberi sumbangan yangmengagumkan dalam bidang mekanik. Di antara saranan Ibnu Sina ialah prinsip inersia yangterkandung di dalam kata-katanya yang berbunyi “tidak ada jasad yang mula bergerak atau berhenti dengan sendiri.” , “masa tidak boleh di bayangkan tanpa gerakan.”,“daya hanya boleh di sukat dalam sebutan kesan kesannya.”,“dalam sesuatu mesin mudah, apa yang diperoleh dalam bentuk kuasa adalah kehilangan dalam kelajuannya.” Al-Khwarizmi pulatertarik kepada kerja-kerja amali tentang bagaimana dapat menentukan ketumpatan spesifik dan berat kegravitian (tarikan bumi) dan keapungan. Di antara pernyataan Khawarizmi yang berkaitan dengan hal ini ialah“berat ialah daya malar inheren tatkala sesuatu jasad tertarik ke pusat bumi” , “jasad-jasad yang mempunyai graviti sama ialah jasad-jasad yang bergerak didalam cecair dari titik tunggak melalui jarak yang sama dalam masa yang sama.”Teknologiyang mendapatkan tenaga dari udara dan air telah mendapat perhatian orang serata dunia dan ia merupakan „Penggerak Perdana” yang utama sehinggalah kuasa tenaga stim diperkenalkan semasa Revolusi Perindustrian. Antara contoh rekaan ialah jam air gajah, pam air duasilinder, pam air enam silinder selari, perangan jet stim. Ini jelas mengambarkan manusia pada zaman nabi juga mempunyai ilmu pengetahuan yang luas tentang ilmu dalam bidangteknologi dan ini seterusnya memberi manfaat kepada manusia sejagat.


KESIMPULAN

Konklusinya, al-Quran yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad sawmempunyai peranan yang sangat penting dalam bidang sains dan teknologi. Galakan al-Quran untuk mengkaji dan merenungi penciptaan alam telah menjadi titik utama untuk mendorong para saintis Islam melakukan kajian.Justeru, kita sebagai generasi muda Islam yang bakal menerajui bidang-bidang profesional ini mestilah bertindak bijak dengan mengamalkan segala ajaran al-Quran danmengkaji penciptaan alam semesta agar dapat bertemu dengan hikmahnya serta meningkatketaatan kepadanya, sekali gus mewujudkan baldatun toiyyibatun wa rabun ghafur.


Lampiran










Rujukan

  • http://cinderellamok.blogspot.my/2015/04/sains-teknologi-dan-kejuruteraan-dalam.html
  • google images


  • Siri Politeknik: Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam. Author: Mohd Azli Adnan,Asnuurien Najma Ahmad,Azman Abdul Rahman. ISBN 13: 9789834714062. Tahun Terbit: Mei 2015